![]() |
PROTES... Capello dalam sesi temubual yang dilaporkan FA sebagai melanggar kontrak. |
Spekulasi mengenai masa depan Fabio Capello terjawab sudah. Pengundurannya telah dijangka selepas pengurus berbangsa Itali itu meletakkan jawatan selepas mensyuarat bersama Ketua Eksekutif FA England, David Bernstein. Ini berikutan kenyataann Capello dalam temubual bersama stesen televisyen Itali berhubung isu perlucutan lilitan kapten, John Terry.
Capello menerusi temubual itu sekeras-kerasnya membantah keputusan FA England dimana menurutnya kes Terry masih dalam perbicaraan dan skipper Chelsea itu belum ditentukan sama ada Terry bersalah atau tidak. Namun, itulah FA England yang cepat melatah. Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson turut mempertahankan tindakan Capello dimana menurutnya, seseorang pengurus akan mempertahankan kaptennya dan ucapan Capello hanya sekadar pandangannya. Itupun dipecat? Jangan lupa, Glen Hoddle juga pernah merima nasib sama.
![]() |
ERAT... hubungan baik Capello dan Terry adalah kunci utama mengapa Capello mempertahankannya. |
![]() |
DILEMA... Redknapp perlu membuat keputusan penting dalam karier pengurusannya. |
Persoalannya? Adakah Redknapp akan meninggalkan pasukan yang dibinanya dengan cukup baik dan menyambut kerusi panas England dimana berisiko disingkirkan dalam kelayakan Piala Dunia atau selepas kejohanan di Brazil nanti? Kedudukannya di White Hart Lane sangat selesa dimana jika dia mahu lebih cabaran, jawatan sebagai pengurus England adalah satu tugas paling mencabar bagi mana-mana pengurus.
Harus diingatkan, jika Redknapp meninggalkan kelab, prestasi Spurs mungkin merudum dek kerana keserasian yang dibina dalam pasukan dan pengalamana luasnya dalam pengurusan kelab. Persoalannya, perlukah England melantik pengurus 'buta huruf' seperti yang ditipu Redknapp kepada wartawan?
Social Plugin