Aksi Liga Perdana Inggeris (LPI) minggu mencatatkan pelbagai peristiwa menarik untuk dikenang. Bermula dengan kehebatan The Gunners yang membenam cabaran Steve Kean di Stadium Emirates, diteruskan dengan kebangkitan United di Stamford Bridge dan legasi 'Kucing Anfield' di Liverpool memberikan seribu satu erti buat peminat bola sepak Inggeris.
![]() |
| SYUKUR... Demba Ba dan Demba Papiss Cisse dengan gaya tersendiri menyambut jaringan gol. |
Namun, paling mencuri tumpuan adalah aksi pasangan penyerang dari Senegal, Demba Ba dan Demba Papiss Cisse yang berjaya menewaskan Aston Villa di Sport Direct Arena atau nama dulunya, St. James Park. Inilah aksi hebat permata Afrika yang gagal membantu negara mereka yang sekadar berpuas hati diperingkat kumpulan.

Social Plugin