ENGLAND BAKAL TERLEPAS BINTANG MUDA

BERBAKAT... Shelvey berkemungkinan menyertai skuad kebangsaan Scotland.
Bakal dirampas! Itulah hakikat yang perlu ditelan Three Lions jika pemain muda berbakat mereka tidak dipanggil England dalam jangka masa terdekat. Ini berikutan laporan bahawa pasukan jiran, Scotland kini mengintai peluang memberikan aksi dalam skuad kebangsaan mereka kepada pemain muda England seperti Josh McEachran (Chelsea, Swansea (pinjaman), Matt Phillips (Blackpool), Cameron Steward (Hull City) dan Jonjo Shelvey (Liverpool). 

Difahamkan, beberapa pasukan peninjau Scotland telah beberapa kali berada di stadium menyaksikan aksi empat pemain muda ini dengan Matt Phillips dijangka bakal disenaraikan dalam skuad Scotland menentang Slovenia pada 29 Februari ini. 

XAVI INGGERIS... gandingannya bersama Wilshere bakal mengembalikan gandingan Gerrard dan Lampard.
Biarkan dijangka membangkitkan kemarahan FA England, Scotland dijangka tidak menghiraukan reaksi FA England dan pemain muda berpotensi besar, Josh McEachran merupakan pemain paling mudah menyertai pasukan kerana kedua ibu bapanya merupakan rakyat Scotland. 

Jika England terlepas Josh McEachran, mereka pastinya akan menyesal sama seperti melepaskan Ryan Giggs untuk mewakili Wales. Jadi, perlantikan pengurus baru England perlu dilakukan segera andai pasukan itu tidak mahu berputih mata. Tepuk dada, tanya selera.

Pemain England Yang Layak Menyertai Scotland

MATT PHILLIPS 
Umur: 20. Tempat Lahir: Aylesbury
England B19 (lima kaps), B20 (lima)
Nenek warganegara Scotland

CAMERON STEWART
Umur: 20. Tempat Lahir: Manchester
England B17 (empat), B19 (lima), B20 (satu)
Ibu warganegara Scotland

JONJO SHELVEY
Umur: 19. Tempat Lahir: Romford
England B16 (enam), B17 (tujuh), B19 (empat), B21 (tiga)
Datuk warganegara Scotland

JOSH McEACHRAN
Umur: 18. Lahir: Oxford
England B16 (lima), B17 (dua be;as), B19 (enam), B21 (tujuh)
Ibu Bapa warganegara Scotland