![]() |
| TERUMBANG-AMBING... nasib AVB bakal ditentukan dalam perlawnaan menentang Napoli minggu ini. |
Tatkala Mick McCarthy meninggalkan Wolves, seorang lagi pengurus yang turut merasakan tekanan kehilangan jawatan adalah pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas. Pengurus muda dari Portugal ini dilaporkan tidak mendapat sokongan penuh dari pemain bintangnya dengan tiga pemain, David Luiz, Ramires dan Jose Bosingwa sahaja yang memberikan sokongan. Selebihnya, tidak menggemari cara dan corak pengurusan AVB.
AVB dikritik hebat selepas The Blues tewas kepada Everton di Goodison Park dan gagal menyekat kebangkitan Manchester United walaupun ketika itu Chelsea mendahului dengan tiga gol. Lebih menambah tekanan, pemilik, Roman Abramovich dilihat turun padang sebanyak dua kali dalam tempoh sebulan bagi menyaksikan latihan pasukan dan menimbulkan spekulasi masa depan AVB hanya akan mampu bertahan sekurang-kurangnya satu perlawanan lagi, menentang Napoli dalam Liga Juara Juara.
![]() |
| RISAU... Abramovic hadir ke Cobham menyaksikan latihan pasukan. |
Sejak dari pemilikan Abramovich, Chelsea telahpun berbelanja ratusan juta bagi merombak skuad. Jadi, pemilik berbangsa Rusia ini pastinya mahu pelaburannya berbaloi dengan kemenangan kejuaraan liga dan Eropah. Untuk itu, nasib AVB kini bagai telur di hujung tanduk. Hanya menanti masa untuk jatuh atau pecah kerana tanduk yang tajam.
Lihat sahaja kegagalan Luiz Filipe Scolari yang gagal memenangi hati pemain. Pengurus itu ditunjukkan jalan keluar sebelum tahun baru dan tidak mustahil jika AVB kehilangan jawatannya jika prestasi The Blues terus merudum. Hanya satu yang AVB perlu ingat, kuasa pemain di Stamford Bridge amat kuat berbanding pengurus. Jadi, lakukan seperti Mourinho atau menerima nasib seperti Scolari.


Social Plugin