WOLVES PECAT MCCARTHY SELEPAS KEKALAHAN BESAR

SELAMAT JALAN... McCarthy melambai tangan kepada media selepas dipecat Wolves.

Dimalukan 1-5 oleh musuh setempat, West Bromwich Albion, pengurus Wolves, Mick McCarthy akhirnya ditunjukkan jalan keluar. Pengurus dari Ireland ini depecat selepas pasukan mencatatkan satu kemenangan dalam 11 perlawanan sebelum dimalukan Baggies di Moulineux. 

BOCOR... Peter Odemwinge menjaringkan gol kedua peribadinya ketika membelasah Wolves, 5-1.
Sejurus selepas perlawanan, penyokong berhimpun di luar stadium menyatakan bantahan terhadap McCarthy dan menggesa pemilik memecatnya. Ternyata kuasa penyokong sangat kuat dan pemilik, Steve Morgan bertindak memecat McCarthy ketika Wolves berada di zon penyingkiran. 

LEEDS... dilaporkan cuba memikat McCarthy ke Elland Road.
Dengan penyingkiran McCarthy, beberapa nama mula dikaitkan bagi mengisi kekosongan jawatan di Molineux seperti Rafael Benitez, Steve Bruce dan Alan Curbishley. Namun, pemecatan McCarthy dilihat tidak memberikan kesan mendalam terhadap pengurus itu apabila Leeds United dilaporkan sedang berusaha membawa pengurus berusia 53 tahun itu ke Elland Road. Selamat maju jaya McCarthy!