![]() |
| ENGGAN... maskot Aston Villa enggan menyambut huluran tangan maskot Manchester City. |
Mengejutkan! Itulah yang dapat digambarkan apabila maskot kanak-kanak yang mengiringi pemain Aston Villa enggan bersalaman dengan maskot pemain Mancheser City. Ia seakan-akan refleksi dari perlakuan Luis Suarez yang enggan bersalaman dengan Patrice Evra kerana isu perkauman yang menyebabkan Suarez digantung lapan perlawanan.
Berbalik kepada insiden ini, tidak dapat dipastikan samada kanak-kanak ini sengaja melakonkan semula aksi Suarez atau secara kebetulan. Sebenarnya, kelakuan pemain mempengaruhi sesiapa yang menontonnya, lebih-lebih lagi kanak-kanak. Namun, Liverpool mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf menerusi Suarez yang mana dilaporkan dilakukan bagi memenuhi tuntutan penaja jersi pasukan. Nampaknya Suarez, you'll never walk alone!
INSIDEN SUAREZ DAN EVRA

Social Plugin