![]() |
| JUARA... pemain Zambia meraikan kejuaraan sulung Piala Negara Negara Afrika . |
![]() |
| MEMORI 93... pemain memberikan penghargaan buat skuad 1993 yang terkorban nahas kapal terbang. |
Detik manis kejayaan Zambia dibantu oleh kegagalan dua pemain yang berpengkalan di England, Kolo Toure dan Gervinho menyempurnakan penalti sekaligus membuatkan pasukan Ivory Coast menggigit jari. Untuk rekod, pasukan yang dipenuhi bintang di Eropah ini gagal memenangi kejohanan ini hampir 20 tahun dimana kali terakhir mereka memenanginya adalah pada 1992.
![]() |
| TERBANG TINGGI... sepakan penalti gagal disempurnakan Drogba dalam 90 minit perlawanan. |
Namun, kejayaan ini diraih selepas upacara memperingati tragedi kapal terbang terhempas yang mengorbankan hampir keseluruhan pemain dan pegawai pasukan di Lautan Atlantik. Peristiwa ini berlaku ketika pasukan berangkat ke Senegal bagi mengharungi perlawanan kelayakan Piala Dunia pada 1993. Tahniah atas buat pasukan Zambia dan ada benar kata Gervinho sebelum kejohanan bermula, Ivory Coast seperti Arsenal. Mempunyai pemain bintang yang hebat tetapi terus kempunan trofi. Apa kata anda?
PIALA NEGARA NEGARA AFRIKA 2012
Juara
ZAMBIA
N. Juara
IVORY COAST
Ketiga
MALI
Keempat
GHANA
Pemain Terbaik Kejohanan
Christopher Katongo (Zambia)
Anugerah Fair Play
Ivory Coast
Kesebelasan Utama Piala Negara Negara Afrika 2012
Penjaga Gol
16. Kennedy Mweene (Zambia)
Pertahanan
6. Gosso Jean-Jacques Gosso (Civ)
13. Stoppila Sunzu (Zambia)
5. John Mensah (Ghana)
3. Adama Tamboura (Mali)
Tengah
20. Emmanuel Mayuka (Zambia)
19. Yaya Gnegneri Toure (Civ)
10. Kouassi Gervais Yao (Civ)
12. Seydou Keita (Mali)
Penyerang
11. Christopher Katongo (Zambia)
11. Didier Drogba (Civ)
Simpanan
1. Boubacar Barry (Civ)
4. Fernando Da Gracia Gomez (Eqg)
7. Youssef Msakni (Tunisia)
9. Mateus Contreiras Manucho (Angola)
9. Pierre Emerick Aubameyang (Gabon)
9. Sadio Diallo (Guinea)
9. Cheick Tidiane Diabate (Mali)
11. Eric Mouloungui (Gabon)
13. Houssine Kharja (Morocco)
17. Mudathir Eltaib Ibrahim (Sudan)
17. Rainford Kalaba (Zambia)
20. Kwadwo Asamoah (Ghana)




Social Plugin