![]() |
| SEPAKAT... nyata pemain Chelsea berpaling dari arahan AVB. |
Stesen televisyen antarabangsa, ESPN secara terbuka menyatakan permohonan maaf kepada pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas kerana menyiarkan footage penyerang, Didier Drogba memberikan kata-kata peransang kepada rakan sepasukan sebelum masuk ke padang pada separuh masa kedua.
Ketika Chelsea ketinggalan 0-1 menentang Birmingham pada separuh masa pertama, AVB bertindak memasukan Drogba menggantikan penyerang yang mengecewakan, Fernando Torres. Namun, Drogba yang melihat rakan sepasukan yang tidak bermaya, memberikan kata-kata perangsang selepas mereka keluar dari bilik persalinan sebelum masuk ke padang.
Nyata ianya berbaloi apabila Daniel Sturridge berjaya menjaringkan gol penyamaan sekaligus membawa mereka ke perlawanan ulangan. Persoalannya, mungkinkah Drogba lebih sesuai menjadi pengurus Chelsea berbanding AVB selepas penyerang itu menyatakan minat menguruskan Chelsea selepas tamat kariernya?

Social Plugin