INTER KECEWAKAN PEMINAT KECIL

TEGAR... Inter dan Zanetti menghargai semangat yang ditunjukkan anak kecil ini.
Peminat kecil Nerazzuri, Filippo, 9, menerima lawatan mengejut kapten, Javier Zanetti selepas kelab mengecewakan kanak-kanak itu kerana gagal menang menentang Bologna Jumaat lalu. Sebelum itu, gambar Filippo dirakamkan di depan Stadium San Siro dengan memegang banner, "Bolehkah awak menang, tolong?"

Oleh kerana kelab telah tewas teruk 0-3 kepada Bologna, Zanetti ditugas menemui kanak-kanak itu dan memberikannya jersi yang tertera nama kanak-kanak itu. Kata Filippo, "Saya tidak akan menukar pasukan, selagi saya masih penyokong Inter." 

Begitu tegar kecintaan peminat kecil ini buat pasukan kesayangannya.