GILIRAN HENRY LANSBURY JADI PENJAGA GOL

MERAH... Robert Green dibuang padang digantikan dengan Lansbury yang tidak  banyak diuji Blackpool.
Selepas John Terry dan Rio Ferdinand menjadi penjaga gol, terbaru muncul pemain muda berbakat Bawah 21 Tahun England, Henry Lansbury menjadi penjaga gol. Ia berlaku apabila kelab semasanya, West Ham United tidak menyenaraikan penjaga gol simpanan. 

TANPA BOLOS... Lansbury membuktikan dirinya adalah pemain serba-boleh.
Lansbury yang beraksi sebagai pemain tengah masuk menggantikan pertahanan, Julian Faubert dan berjaya mengelakkan gawangnya dari dibocori sepanjang lebih setengah jam dimasukkan. Aksi yang pastinya menggembirakan Arsene Wenger.