![]() |
| BINTANG... gandingan trio ini cukup menghadirkan gerun kepada pertahanan lawan. |
Kelab gergasi Eropah terutama pasukan Inggeris pastinya menantikan saat ini. Ia berikut kenyataan pemilik Napoli yang juga usahawan perfileman, Aurelio Di Laurentiis yang membuka ruang kepada mana-mana kelab bagi membida trio mereka, Marek Hamsik, Edinson Cavani dan Ezequiel Lavezzi.
Namun, apabila melihatkan ayat yang diluahkan Laurentiis, pastinya bintang San Paolo ini tidak akan meninggalkan kelab dengan harga yang rendah. PSG, Anzhi, Manchester City dan Chelsea pastinya tidak mahu melepaskan peluang yang ditunggu selama ini. Persoalannya, berjayakan pasukan kaya ini menarik trio ini dari Itali?

Social Plugin