CALON GOL TERBAIK SEMUSIM DATANG DARI AFRIKA?

CANTIK... ledakan Sangweni mungkin antara gol tercantik musim ini.
Dalam bola sepak, apa saja boleh berlaku. Maklumlah bola dikatakan bulat dan sukar diramal. Kita biasanya menyaksikan jaguh handalan dunia beraksi di Eropah menjaringkan gol cantik. Tidak kurang juga bakat dari Amerika Selatan dan jangan dilupakan gol Aidil Zafuan dan Nazmi Faiz Mansor buat negara.

Apapun, yang cuba diperbincangkan disini adalah gol terbaik semusim mungkin datang dari Afrika Selatan. Mengapa? Lihat sahaja gol yang dijaringkan pemain kelab Afrika Selatan, Thamsanqa Sangweni dalam Piala Afrika Selatan menentang Witbank Spurs. Ayuh saksikan bagaimana ledakan permata Afrika ini.