![]() |
| NAMPAK TAK... Anak panah yang dibawa penyokong selepas pasukan gagal menjaringkan gol dalam lima perlawanan. Foto: fotobox. |
Pasukan anda beraksi macam sampah? Bengang dengan pemain yang masih gagal menjaringkan gol dalam empat perlawanan berturut-turut? Pastinya anda sakit hati apabila pasukan kesayangan anda beraksi begitu. Setiap penyakit pasti ada ubatnya.
Penyokong kelab sebuah kelab liga bawahan Jerman menggunakan cara terbaik buat pasukan mereka, Magdeburg. Selepas hanya mencatat 16 gol dalam 25 perlawanan, Magdeburg ketandusan gol dalam lima perlawanan. Ia membangkitkan kemarahan penyokong mereka.
Natijahnya, penyokong membawa banyak anak panah tanda arah yang besar dengan pelbagai warna. Setiap kali pasukan mereka datang menyerang, penyokong akan membawa anak panah mengikut kedudukan pasukan dimana ditujukan ke arah pintu gol. Adakah dengan cara ini berbaloi atau sindiran sini buat pasukan? Anda juga mampu lakukannya...

Social Plugin