![]() |
HAMPIR KENA... pisang dibaling penyokong hampir mengenai kepala Samba. |
Selepas insiden lagenda Brazil, Roberto Carlos dibaling pisang, kini pemain yang baru tiba di Liga Rusia, Christopher Samba turut menerima nasib sama. Insiden berlaku ketika pemain mula meninggalkan padang.
Samba yang bergerak bersama rakan sepasukan dibaling pisang oleh penyokong dimana skipper Congo itu mendakwa ianya datang dari tempat duduk VIP. Menurut kenyataan rasmi Anzhi, Samba mengambil semula pisang itu dan melemparnya semula kepada penonton. Satu reaksi yang buruk dari pemain bola sepak professional. Berhati-hatilah Samba jika tidak mahu menerima nasib sama seperti Carlos.
Social Plugin