Peminat bola sepak dunia dikejutkan dengan insiden di White Hart Lane yang menyaksikan pemain Bolton, Fabrice Muamba tumbang di tengah padang. Difahamkan bekas pemain Arsenal itu mengalami sakit jantung dan kini dalam keadaan kritikan di hospital.
![]() |
| ABIDAL... jalani pembedahan kanser Khamis ini. |
Dalam pada itu, Liga Primera Sepanyol juga turut ada skrip yang sama. Pertahanan Barcelona, Eric Abidal dilaporkan bakal menjalani pembedahan kerana kanser hati yang dihidapinya. Semoga mereka tabah menghadapinya dan cepat sembuh. Kuatkan semangat, Muamba, Abidal!
Duo ini bukan sahaja mendapatkan sokongan moral dari rakan sepasukan, malah penyokong bola sepak seluruh dunia dan juga pemain lawan. Lihat sahaja apa yang dilakukan Gary Cahill dan pasukan Real Madrid dalam perlawanan minggu ini...
![]() |
| BEKAS SEPASUKAN... Cahill menghadiahkan golnya kepada Muamba. |



Social Plugin