HADIAH BUAT PEMINAT TEGAR BOLA SEPAK

KEMBARA TROFI ... piala kejohanan berprestij Eropah ini bakal dibawa ke Mexico, Tanzania, Kenya dan China.
Selepas hampir tamatnya pusingan kalah mati, 16 terakhir Liga Juara Juara Eropah, penaja kejohanan, Heineken cuba memberikan hadiah terbaik buat peminat bola sepak Eropah. Peminat bertuah yang menginap di hotel milik syaikat berkenaan disediakan trofi Liga Juara Juara Eropah.

Menariknya, beberapa kamera di pasang di seluruh bilik bagi merakamkan detik dan aksi peminat apabila melihat trofi Liga Juara Juara dalam bilik mereka. Untunglah siapa yang dapat merasai detik itu dan bagaimana pula reaksi anda jika anda di tempat mereka? Menakjubkan!