JANGAN PERNAH MENYESAL ALECSANDRO!

TERMENUNG SEJENAK... Alecsandro gagal menyempurnakan dua penalti buat pasukannya.
Gagal sekali tidak bermakna tidak akan gagal lagi. itulah istilah yang sesuai buat penyerang Vasco Da Gama, Alecsandro. Manakan tidak, penyerang itu bukan sekali gagal menyempurnakan penalti tetapi dua, dalam perlawanan yang sama iaitu menentang Alianz Lima. Namun, dia bernasib baik apabila pasukannya menang dalam perlawanan itu. Adakah dia akan fobia mengambil sepakan penalti lagi?