KAD MERAH PALING BERBALOI DEREK BOATENG

BOATENG... tindakan kurang profesionalnya undang kemarahan pemain Vorskla.
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Istilah inilah yang mungkin digunakan pemain Dnipro, Derek Boateng apabila dia dibuang padang kerana kad kuning kedua. Situasinya begini. Boateng telahpun diberikan kad kuning dalam perlawanan itu sebelum dia melakukan terjahan untuk kad kuning kedua. 

Mengetahui dia bakal disingkirkan, Boateng menjatuh dua lagi pemain Vorskla yang datang kepadanya. Boateng pastinya berpuas hati dengan penyingkirannya namun berdepan tindakan oleh FA Ukraine.