KUASA TANGAN RAMOS!

KUASA TANGAN... pengadil gagal menghadiahkan Betis penalti walaupun jelas kelihatan bola ditampan dengan sengaja oleh Sergio Ramos.
Perebutan tahta Liga Primera Sepanyol semakin rancak selepas kedua-dua pesaing, Real Madrid dan Barcelona menang perlawanan masing-masing hujung minggu lalu. Real yang kini mendahului 10 mata di depan Barca semakin selesa menerajui carta sambil Barca menunggu masa untuk memintas. Namun, timbul persoalan mengenai kemenangan Real menentang Real Betis minggu lalu. Saksikanlah bagaimana kuasa tangan Ramos yang berjaya memukau pengadil. Ada saka besar agaknya!