MULIANYA PERANGAI IKER CASSILAS

APA KES... Cassilas mungkin terlupa menyapu tangannya atau sengaja melakukannya?
Sebut sahaja Real Madrid, satu dunia tahu akan kekayaan dan kemasyhuran kelab berpangkalan di kotaraya Madrid, Sepanyol. Dibarisi ramai pemain bintang dan dibimbing oleh jurulatih 'terbaik' dunia, Real terus memburu lebih banyak kejayaan sekaligus menyekat dominasi seteru utama, Barcelona.

Pertembungan suku akhir Liga Juara Juara Eropah menyaksikan Real diundi menentang pasukan yang melakukan kejutan musim ini dari Cyprus, APOEL. Ternyata kelab itu bukan lawan anak buah Jose Mourinho apabila Real mudah meratah APOEL 3-0 di gelanggang lawan. Namun, ada aksi menarik (jijik barangkali) yang dilakukan kapten dan penjaga gol Real, Iker Cassilas.

Insiden ini berlaku ketika semua pemain bersedia masuk ke padang. Cassilas yang diiringi maskot kanak-kanak dilihat mengeluarkan hingus atau 'bijih' dari hidung. Ketika di sapa pemain lawan, Cassilas memandang pemain itu sebelum memegang pipi maskot kecil itu menggunkan tangan yang sama ketika 'melombong.' Satu perbuatan yang patut dielakkan oleh ikon Real itu.