PUNCA MENGAPA CITY GAGAL MENANG DI EASTLAND

TENGKAR... pergeseran Balotelli dan Kolarov dikawal Kompany dan rakan-rakan. Foto: Coughtoffside.
Ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris berbaki kurang 10 perlawanan, dua pasukan berjiran, Manchester City dan Manchester United bersaing sesama sendiri bagi merebut tahta keagungan Inggeris itu. Namun, dek kerana kurangnya pengalaman di LPI, bintang City dilihat semakin tenggelam perlawanan demi perlawanan.

Minggu lalu, City yang perlu menang bagi merapatkan defisit mata dengan United gagal melakukannya apabila sekadar seri 3-3 dengan Sunderland di gelanggang sendiri. Kebangkitan menarik dilakukan City namun masih gagal untuk menang dan disini ada alasan mengapa City gagal menang di Eastland.