PENGHARGAAN... Petrov malambai kepada penyokong yang memberikan tepukan pada minit ke-19, sempena nombor jersinya di Villa. Foto: Football365 |
Penuh emosi! Itulah yang dapat digambarkan akan perasaan kapten Aston Villa, Stiliyan Petrov selepas penyokong yang hadir dalam perlawanan LPI Aston Villa menentang Chelsea memberikan penghargaan kepadanya. Sebelum ini, Villa menerusi kenyataan rasmi kelab mengumumkan Petrov disahkan menghidap penyakit leukimia.
Berbeza dengan insiden yang menimpa Fabrice Muamba, Petrov yang hadir menyaksikan perlawanan bangun melambai kepada penyokong tatkala isteri dan anaknya turut sama menemani pemain kelahiran Bulgaria itu di Villa Park. Semoga Petrov tabah menghadapinya.
Social Plugin