ITV BUAT HAL LAGI

ITV... gagal menguruskan siarannya dengan baik sehingga mengganggu siaran langsung bola sepak Eropah.
Sumber : Daily Mail
Bayangkan anda sedang menyaksikan perlawanan separuh akhir mendebarkan antara Real Madrid dan Bayern Munich yang sedang memasuki masa tambahan. Tiba-tiba fokus anda hilang kerana stesen televisyen mengubah siaran kepada berita terkini. Apa yang anda rasakan?

Itulah yang berlaku kepada penonton ITV. Tatkala masa tambahan memasuki minit keempat, siaran langsung separuh akhir Liga Juara Juara itu terhenti dan digantikan dengan berita terkini. Jika penyampai berita itu bercakap, masih boleh dimaafkan lagi. Ini penyampai berita sibuk membetulkan kod yang dipakainya. Pastinya merah padam muka pengurusan ITV. 

Ini merupakan kesilapan berulang dimana penyokong Leeds United pernah menjadi mangsa dan lebih teruk lagi, penyokong England berang kerana gagal menyaksikan gol Steven Gerrard ketika menentang Amerika Syarikat di Piala Dunia kerana siaran iklan. Memalukan!