Malangnya jadi penjaga gol


Resam dunia, begitu juga dalam bola sepak. Lebih malang sekiranya anda ditugaskan sebagai benteng terakhir pasukan. Anda akan dinobatkan sebagai wira apabila berjaya menyelamatkan percubaan berbahaya lawan, apatah lagi menggagalkan sepakan penalti lawan.

Namun, semua itu akan dilupakan apabila anda tersilap langkah walau sekali. Inilah detik hitam yang dilalui penjaga gawang kelab Australia, Adeleide United, Eugene Gelakovic.

Dalam aksi Liga Juara Juara Eropah menentang Pohang Streelers, Gelakovic berjaya menyelamatkan sepakan percuma Pohang tetapi kurang bernasib baik apabila bola itu terlepas dari tangkapan.

Lebih malang, itulah gol kemenangan pasukan lawan. Perbaiki mutu permainan atau anda akan dipaparkan disini lagi Gelakovic!