AKSI PERSAHABATAN: PERSEMBAHAN RADAMEL FALCAO DAN CRISTIANO RONALDO

Minggu lalu, berlabuh tirai beberapa liga terkemuka Eropah. Berakhirnya kejohanan, beberapa pasukan tidak melepaskan peluang sebelum pemain mereka bercuti dengan mengadakan perlawanan persahabatan bagi mengukuhkan penjenamaan mereka di luar negara.

LEDAK... Ronaldo menyumbang satu gol sambil menampilkan skill menggeleceknya. Foto: CR7-Kaka.
Itulah yang dilakukan dua kelab berjiran, Atletico dan Real Madrid. Ketika Atletico memilih untuk ke Amerika Selatan, Real pula beralih ke Timur Tengah dengan Kuwait menjadi destinasi utama mereka. 

Menariknya, walaupun pada aksi persahabatan, kedua-dua kelab ini dilihat bersungguh-sungguh dalam memberikan aksi yang terbaik. Sebagai contoh, lihat sahaja jaringan akrobatik Falcao yang berjaya menewaskan penjaga gol lawan. Sangat menakjubkan, sesuai dengan status mereka, juara Piala Europa.


Lain pula aksi Cristiano Ronaldo di Kuwait, pemain antarabangsa Portugal ini lebih gemar menunjukkan skill menggeleceknya dan berjaya menjaringkan satu gol dalam aksi persahabatn terbabit. Nampaknya, kelab di Eropah semakin galak memancing minat penyokong dari Asia dan Amerika Selatan tapi harap mereka tidak lupa bintang Asia yang berbakat untuk dibawa ke Eropah!