| TAJAM... ledakan penyudah berkesan RVP menghadiahkannya Kasut Emas LPI musim ini. Foto: Goal.com |
Buat penyokong kelab berpangkalan di Utara London, Arsenal Football Club, adakah anda rasakan Pemenang Anugerah Kasut Emas LPI musim ini, Robin van Persie sudah dianggap sebagai lagenda Gunners? Namun, melihat kepada sumbangan bermakna RVP musim ini, sememangnya kelibat bintang Belanda ini menjadi nadi penting kepada prestasi Gunners musim ini.
Penyokong Gunners pastinya mengharapkan RVP menyambung kontrak baru, namun setakat ini masih belum ada perbincangan rasmi mengenainya. Apapun, saksikanlah aksi hebat RVP yang menjaringkan 37 gol keseluruhan musim ini. Semoga dia kekal di Stadium Emirates dan terus menghiburkan peminat!
Social Plugin