| KAGAWA... ledak gol menarik menentang Azerbaijan dalam aksi persahabatan antarabangsa. Foto: Fifa.com. |
Bagi anda yang menonton aksi bintang Jepun, Shinji Kagawa beraksi dalam perlawanan akhir Piala Jerman, pastinya anda faham mengapa pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mahukan perancang kreatif Borussia Dortmund ini.
Kagawa sendiri mengakui dia mahu ke Liga Perdana Inggeris dan terdapat khabar mengatakan pemain antarabangsa Jepun itu telahpun memuktamadkan perpindahnnya ke Old Traffod.
Terbaru, dalam aksi persahabatan Jepun menentang Azerbaijan, Kagawa membuktikan kebolehan dirinya menerusi gol klasik cantik hasil gerakan berpasukan pasukan Samurai Biru itu. Pasti peminat United teruja dengan kehadiran Kagawa ke Manchester.
Social Plugin