MENANG PIALA ITALI: HAMSIK TUNAI JANJI

MOHAWK... inilah 'kenangan' Hamsik selepas dia mejaringkan gol dan sebelum rambutnya digunting. Foto: Kickette.
Pemain tengah Napoli dan Slovakia, Marek Hamsik akhirnya menunaikan 'nazarnya' apabila memotong rambut mohawk yang menjadi gaya dirinya. Ini berikutan janji yang dilafazkan Hamsik sebelum perlawanan akhir Piala Itali atau Coppa Italia menentang Juventus.

Menariknya, Hamsik sendiri menjaringkan satu gol manakala satu lagi dijaringkan rakan sepasukan, Edinson Cavani. Lihat sahaja di bilik persalinan Napoli selepas tamat perlawanan, ramainya nampaknya barber dalam skuad itu rupanya. 

GUNTING... Hamsik merelakan rambutnya 'dikerjakan' rakan sepasukannya selepas muncul juara Piala Itali. Foto: Caughtoffside.