| ASHLEY COLE... nadi penting kemenangan Chelsea di Allianz Arena. Foto: goal.com. |
Sayanginya atau bencikannya (kebanyakan orang bencikannya), Ashley Cole mempamerkan aksi fullback paling hebat dalam pertembungan akhir Liga Juara Juara Eropah. Sehebat rakan sepasukan, Didier Drogba, Cole merupakan pemain yang mampu beraksi cemerlang dalam perlawanan besar seperti itu.
Disebalik kegusaran Roberto Di Matteo terhadap pemain sayap Bayern, 'Roberry' (Robben + Ribery), Cole beraksi sebagai seorang bintang. Kehadiran Ryan Bertrand di hadapannya sedikitpun tidak menggugat prestasi bintang England itu.
Terutama di separuh masa kedua, Cole beraksi dengan cemerlang dengan berjaya mematahkan serangan berbahaya Bayern dengan terjahan tepat pada masanya. Mengakhiri malam hebat itu, Cole berjaya melepasi Neuer untuk penalti keempat Chelsea.
Selepas perlawanan, dia sempat menyindir Neuer dengan menyatakan... "Pasukan Jerman tidak akan tewas menerusi sepakan penalti...".
Social Plugin