INSIDEN MEMALUKAN BOLA SEPAK CHILE


HILANG PERTIMBANGAN... Narvaez melakukan reaksi negatif yang memberi kesan kepada seluruh pasukan. Foto: charlatecnica.cl

Pertembungan penyingkiran divisyen antara kelab Liga Perdana Chile, Antofagasta dan Rangers mencetuskan satu insiden memalukan. Ianya dilakukan oleh pemain Antofagasta, Giovanni Narvaez.

Pengurus Antofagasta bertindak mengeluarkan pemain itu selepas persembahan hambarnya namun kejadian memalukan sebaliknya berlaku. Navaez menanggalkan baju sebelum menyepaknya ke udara. Dia kemudiannya dilayangkan kad merah oleh pengadil.

Tidak cukup dengan itu, Narvaez yang bergerak menuju ke bilik persalinan itu kemudiannya menyerang papan iklan di tepi padang dan meninggalkan stadium. Aksi buruk yang perlu dielakkan semua pemain bola sepak.