MUDAHNYA LAZIO LEPASKAN GOL

BERANG... pegawai pasukan Lazio nyata berang dengan pegawai perlawanan yang tidak memberhentikan perlawanan walaupun masa tambahan telah berakhir. Foto: The Guardian.
Malang tidak pernah berbau. Itulah nasib yang menimpa kelab Itali, Lazio. Perebutan yang semakin sengit untuk layak ke Liga Juara Juara musim depan perlu dipergunakan sebaik mungkin dengan Udinese, Inter Milan dan Napoli turut merebut dua slot terakhir di Serie A tatkala Ac Milan dan Juventus bersaing untuk kejuaraan.

Lazio yang ketinggalan 0-1 kepada Udinese ketika permainan memasuki masa tambahan selepas 90 minit perlawanan, pengurus Lazio mengarahkan anak buahnya semua naik ke atas, menyerang termasuk penjaga gol, Federico Marchetti. Pertahanan Udinese mengeluarkan bola ketika pemainan sudah melepasi empat minit masa tambahan. Semua pemain Lazio menyangkakan permainan akan ditamatkan dengan penonton membunyikan wisel dan bersiul menyuruh pengadil memberhentikan permainan.

Malangnya, pengadil meneruskan permainan dan inilah natijah yang diperolehi Lazio. Mungkin akan dikenang sampai bila-bila. Sejarah mungkin berulang kata Tomok!