PUYOL HALANG SAMBUTAN GOL THIAGO-ALVES

JOGET... tarian inilah yang menimbulkan kemarahan Puyol dan Guardiola. Foto: 101greatgoals.
"Tarian gol Thiago-Alves? Kami meminta maaf untuknya. Ia bukan sikap pemain Barca. Ianya tidak akan berlaku lagi." kata Pep Guardiola.

"Saya meminta maaf sekiranya saya menyinggung perasaan pemain Rayo melalui sambutan gol saya. Saya membuat kesilapan kerana terlalu mengikut emosi. Ia tidak akan berlaku lagi." kata Thiago Alcantara pula.

"Saya mahu meminta maaf kepada penyokong Rayo yang merasa tersinggung dengan tarian saya. Saya tidak mahu menyinggung sesiapa, hanya ada masa terbaik untuk lakukannya." tambah Daniel Alves.

Kapten, Carles Puyol yang menyedari kelakuan duo ini segera meleraikan tarian mereka sebelum menolak kepala Thiago. Sementara itu, Pep Guardiola dan Tito Villanova juga nyata berang dengan kelakukan kedua-dua pemain itu. Hasilnya, mesej di atas dihantar Thiago dan Alves melalui laman Twitter masing-masing selepas tamat perlawanan.