PATUH KEPADA AGAMA: ADEM LJAJIC DISINGKIRKAN!

PENJELASAN... Ljajic memberikan sebab mengapa dia enggan menyanyikan lagu kebangsaan. Foto: Article.wn.
Pemain antarabangsa Serbia, Adem Ljajic yang juga bekas pemain Manchester United disingkirkan oleh jurulatih Serbia, Sinisa Mihajlovic kerana tidak menyanyikan lagu kebangsaan negara mereka sebelum perlawanan persahabatan menentang Sepanyol. 

Untuk rekod, sebelum ini Ljajic pernah bertengkar dengan pengurus kelabnya, Fiorentina, Delio Rossi yang menyebabkan pengurus itu dipecat akibat menumbuknya. Ljajic menimbulkan kemarahan Rossi selepas dia dikeluarkan menerusi kata-katanya. Namun berbeza dengan penjelasan Ljajic untuk kes ini.

Namun, agak pelik apabila keengganan Ljajic menyanyikan lagu kebangsaan itu tidakpun dirakam kamera tetapi ia bukan alasan untuk Mihajlivic menyingkirkannya. Memalukan betul tindakan Mihajlovic. Apabila ditemubual oleh media sebaik tiba di lapangan terbang di Switzerland, Ljajic memberitahu puncanya.

"Saya minta maaf... Saya sayangkan Serbia tetapi saya perlu menghormati kepercayaan saya. Saya sentiasa mahu bermain buat negara ini... Jurulatih menyuruh saya untuk menyanyikan lagu kebangsaan tetapi jika awak tidak menghormati diri sendiri, tiada seorang pun akan menghormati awak."

Menurut rekod, lagu kebangsaan Serbia mengandungi lirik yang memuji Tuhan mereka. Nyata, pendirian tetap Ljajic berhubung isu agama wajar diberikan pujian. Dia merupakan Muslim dan beliau sanggup diketepikan demi kepentingan beragama. Mungkin ada peluang lagi Ljajic!