RAMOS VS PIQUE: MUNGKINKAH DUA SETERU BERSATU?


TIDAK SEHALUAN... pertembungan El-clasico sering menjadi medan 'perperangan' antara Pique dan Ramos. Foto: Fcbfans.

"Jika Pique dan Ramos tidak boleh bermain bersama, mereka akan saya singkirkan. Mereka adalah 'budak' yang berbeza tetapi kami tidak mempunyai masalah dengannya," kata pengurus Sepanyol, Vicente del Bosque.

Kenyataan di atas dikeluarkan pada Selasa lalu menerusi temuramah radio dimana ianya penjelasan oleh del Bosque selepas Sepanyol kehilangan Carles Puyol kerana kecederaan. Kini, timbul isu kedua-dua pemain itu saling membenci antara satu sama lain.

Jika ianya berlaku, ia sedikit sebanyak memberikan masalah kepada Sepanyol kerana del Bosque dijangka menggandingkan mereka di barisan pertahanan dengan bahagian pertahanan kanan bakal diisi oleh Alvaro Albeloa dan Juanfran.

Pique dan Ramos merupakan ikon kelab masing-masing (Barcelona dan Real Madrid).  Mereka sering bertelagah dalam perlawanan El-Clasico dan mungkinkah mereka mampu berkerjasama dalam Kejohanan Eropah 2012 (Euro 2012) nanti? Saksikan bagaimana hubungan mereka sebelum ini...