| UNGU... gabungan warna yang berbeza digunakan Arsenal bagi jersi away mereka musim ini. Foto: dailymail. |
Apa lagi yang hendak diperkatakan penyokong Arsenal apabila melihat jersi away mereka musim ini. Jika musim sebelumnya gah dengan warna kuning pisang, musim baru ini menyaksikan Gunners bakal mengenakan warna ungu dan hitam (berbelang), warna yang jauh kaitannya dengan kelab utara London itu.
Terdapat media Inggeris 'menggelarkan' ianya dihasilkan dari 13 jenis botol yang dikitar semula namun jika dipandang dari sudut positifnya, mungkin Arsenal mahu membuang 'badi' lapan musim tanpa piala. Menariknya, penjaga gol Arsenal pula bakal mengenakan warna merah jambu terang, mungkin cukup untuk memberikan permainan psikologi kepada penyerang lawan. Adakah ini cukup membantu Gunners musim depan? Tunggu dan lihat apa yang cuba dilakukan Arsene Wenger!
Social Plugin