Pusingan kelayakan bola sepak pantai Piala Dunia FIFA 2013 berakhir Ahad lalu menyaksikan Sepanyol terus unggul apabila menewaskan tuan rumah kejohanan, Rusia dengan 5-3.
| LAMAR... Shkarin dibantu rakan sepasukan melamar kekasihnya. Foto: sovsport. |
Walaupun kecewa selepas tewas dalam perlawanan terakhir, pasukan Rusia segera melupakan kekecewaan mereka apabila membantu rakan sepasukan mereka, Anton Shkarin melamar kekasihnya selepas tamat perlawanan.
Berdiri di tengah padang, skuad Rusia berbaris dan mengangkat kad yang ditulis, " Pankova, sudikah awak mengahwini saya?" dalam bahasa Rusia.
Kekasihnya yang turut berada di stadium lantas turun dan melangkah papan iklan sebelum mencium bakal suaminya itu. Satu cara melamar yang berkesan dan memberikan impak mendalam kepada kita. Satu kenangan yang indah dalam bola sepak!
Social Plugin