KEGAGALAN KLASIK OLEH JURUKAMERA DI RUSSIA!

MALANG... jurukamera gagal terjatuh ketika mahu melakukan liputan perlawanan di Rusia. Foto: 101greatgoals.

Satu KEGAGALAN yang KLASIK! Itulah yang dapat dirakam lensa Russian TV pada Isnin lalu. Dalam perlawanan Divisyen Dua Rusia antara Shinnik Yaroslavl dan Yenisey Krasnoyarsk, insiden sebelum perlawanan memberikan 'erti' bermakna kepada jurukamera yang bertugas.

Ketika pemain kedua-dua pasukan berbaris menyanyikan lagu kebangsaan, jurukamera yang bertugas dirakam terjatuh ketika masuk ke padang untuk membuat liputan. Lebih malang lagi, aksinya diperhatikan pemain dan penonton dan dijadikan hiburan. Jurukamera terbabit kemudiannya diusung keluar sebelum digantikan oleh rakan setugasnya. Pengajarannya, jangan terlalu gelojoh dalam melakukan sesuatu ya!