TINGGAL KENANGAN... jodoh Maradona dan Al Wasl tidak lama. Foto: goal. |
Cukup hanya 436 hari! Itulah kiraan waktunya lagenda Argentina, Diego Armando Maradona sebagai pengurus kelab Emeriah Arab Bersatu (UAE) apabila ditunjukkan jalan keluar semalam. Mengendalikan sebanyak 22 perlawanan, peratusan kemenangan Maradona hanya 31.82% dengan 7 menang, 5 seri dan 10 kekalahan.
Paling diingati peminat, kekalahan epik Al-Wasl dalam Piala Kelab Gulf. Menang 3-1 di gelanggang sendiri, namun anak buah bekas penyerang Boca Juniors itu tewas dengan jumlah jaringan yang sama sebelum tersingkir dek kegagalan menyempurnakan penalti.
Sepanjang tempoh Maradonna di Al-Wasl, pelbagai insiden menarik yang berlaku. Masihkah anda ingatinya? Berikut merupakan lima insiden membabitkan Maradonna ketika bersama Al-Wasl:-
1) Maradonna menendang penyokong sebelum mencatat kemenangan pertama sebagai pengurus Al-Wasl.
2) Aksi lakonan komedi di padang latihan.
3) Skill tandukan menarik dari bangku simpanan Al-Wasl.
4) Reaksi spontan apabila penyerangnya gagal menjaringkan gol.
5) Bergaduh dengan penyokong Al Shabab selepas kekasihnya terancam di tempat duduk penonton.
Social Plugin