Masih terlalu awal untuk memperkatakan atau mengukur sejauh mana kekuatan sesebuah pasukan. Ada benarnya kata pengurus The Gunners, Arsene Wenger, trio baru mereka, Santi Carzola, Oliver Giroud dan Lukas Podolski memerlukan masa bagi mencari keserasian antara mereka.
Dengan keputusan seri semalam, Arsenal merekodkan keputusan seri tanpa jaringan dua kali berturut-turut namun ada insiden yang sengaja dicetuskan penyokong Stoke di Stadium Brittania.
Penyokong The Potters lebih awal merancang menyebarkan gambar Wenger yang hanya perlu dicetak dan dipakai sewaktu perlawanan dan ianya benar-benar berlaku. Tidak cukup dengan itu, provokasi melalui banner yang mecadangkan supaya pengurus berbangsa Perancis itu menjadi ketua pencari bakat di Manchester (menjual beberapa pemainnya ke kelab Manchester seperti Robin van Persie, Kolo Toure, Samir Nasir, Gael Clichy).
Apakah tindakan penyokong Stoke ini sekadar provokasi atau mahu menyedarkan Wenger bahawa beliau selalu 'dibuli' oleh kelab lagi kaya dan besar dari The Gunners? Bahkan penyokong Gunners sendiri ada yang mula hilang sabar dan tidak mempercayai kredibiliti Wenger untuk membimbing pasukan sama seperti tahun gemilang 'The Invicible'. Berubah atau pisang berbuah lapan kali kempunan trofi di Emirates!
Foto: Dailymail, 101greatgoals.
Social Plugin