SEPAKAN GUNTING 'GILA' OSVALDO PEMBUKA MUSIM BARU SERIE A

OSVALDO... jaring gol cantik menentang Catania. Foto: Xtratime.
Sering menjadi bahan kritikan selepas perpindahan bernilai jutaan pound ke AS Roma pada 2011, penyerang kelahiran Argentina, Pablo Osvaldo cuba membuktikan musim baru 2012-13 adalah musim kebangkitan dirinya. 

Dalam perlawanan pembukaan Serie A awal pagi tadi, Osvaldo berjaya membantu Roma mengutip satu masa selepas seri 2-2 menentang Catania. Namun, jaringan Osvaldo wajar diingati dan mungkin bakal menjadi gol terbaik semusim Serie A musim ini.