| HORMATI KEAGAMAAN... padang latihan Darsly Park ini akan dibina surau untuk pemain Muslim. Foto: Nufc. |
Perancangan hebat! Newcastle United kini merancang untuk mengadakan ruang solat atau surau di padang latihan kelab di Darsly Park. Ini kerana Magpies mempunyai sekurang-kurangnya tiga pemain yang beragama Islam seperti Papiss Cisse, Demba ba dan Hatem Ben Arfa.
Menurut laporan tribalfottbal, pengurus, Alan Pardew berkata, "Ia merupakan perkara yang saya bincangkan dengan setiausaha kelab, Lee Charnley kerana saya fikirnya ianya penting. Keagamaan memainkan peranan penting kepada beberapa pemain kami.
Kamu perlu menghormati beberapa pemain yang mempunyai kepercayaan (agama) yang berbeza di negara ini. Kita perlukan kemudahan berbeza untuk mereka. Ia memainkan perananan penting dan kita harus memahami dan mengambil-berat akan isu ini."
Tahniah Newcastle. Perancangan ini telah disiarkan di Triball Football pada Jun lalu dan Putbolanews sekadar ingin menyampaikan info berguna ini kepada peminat bola sepak di Malaysia khususnya.
p/s: Bagaimana agaknya keadaan surau apabila semua pemain Muslim meninggalkan kelab?
Social Plugin