DISINGKIRKAN KERANA BUDAK MILO!

SESSA... tindakannya undang padah kepada pasukan. Foto: Linode
Satu hari Sabtu yang teruk buat penjaga gol Boca Unidos, Gaston Sessa. Selepas melepaskan tiga gol, Sessa mahu menyegerakan perlawanan namun ianya dilengahkan oleh budak pengutip bola (budak milo). Namun insiden pada minit ke-87 menceritakan segalanya.

Apabila menerima bola dari budak terbabit, Sessa terus menyepak bola kembali tepat mengenai budak terbabit dan beliau tidak menghiraukan langsung keadaan budak itu. Malang tidak berbau apabila pegawai perlawanan menyedari tindakan 'bodoh' Sessa sebelum penjaga gol berusia 39 tahun itu ditunjukkan jalan keluar. Tidak kurang bijak dari pemain berpengalaman!