ESCOBAR CALON ANUGERAH OSCAR TERBARU!

Bola sepak penuh dengan pelbagai rencah kehidupan! Jika sebelum ini, kita sering mempersendakan Luis Suarez, Sergio Busquet dan Gareth Bale kerana lakonan mereka di atas padang, kali ini, berlaku insiden lakonan terbaik dari Amerika Selatan.

TUMBANG... Escober sengaja menjatuhkan dirinya walaupun dengan sedikit sentuhan pemain lawan. Foto: 101greatgoals.
Penjaga gol Olimpia, Denis Escober dilihat sengaja menjatuhkan diri walupun dia tidak dikasari di mukanya. Apa lagi yang perlu dilakukan penjaga gol ini dari aksi memalukannya untuk mendapatkan ihsan pengadil? Tahniah Escober! Datang ke Eropah dan nantikan gelaran khas buatmu!