INSIDEN PENUH EMOSI SELEPAS KRISMAS


Memilukan dan memalukan! Itulah perasaan yang dirasakan pemain Charleroi, Giuseppe Rossini dan perbuatan pengadil Belgium, Joeri Van De Velde. Ketika perlawanan membabitkan Charleroi dan Mons, tuan rumah, Charleroi tewas 1-2 walaupun telah mendahului satu gol dihadapan menerusi Rossini.

Namun, gol Rossini berlaku dengan penuh emosi. Selepas menjaringkan gol sulung pada minit ke-24, penyerang dari Itali berusia 26 tahun menanggalkan jersi dan dan memperlihatkan baju t-shirt hitam tertulis, 'Berehatlah dengan aman (RIP)'. 



Tulisan itu didedikasikan khas kepada datuk Rossini yang baru-baru ini mati namun atas dasar tidak berperikemanusiaan Van De Velde, pengadil itu melayangkan kad kuning kepada pemain Charleroi itu. Satu insiden yang penuh emosi!

Foto: Dhnet