Kantoi! Itulah gambaran yang dapat diberikan kepada akhbar The Times of India apabila akhbar itu melaporkan berita pemecatan pengurus Blackburn Rovers, Henning Berg, terlebih awal dari pengumuman rasmi kelab.
Hal ini menarik minat media Inggeris untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya kerana kelab yang berpengkalan di Ewood Park itu dimiliki oleh syarikat India, Venky. Lebih menarik lagi, akhbar itu turut melaporkan pengganti yang bakal mengisi kerusi panas di Blackburn iaitu bekas pengurus, Mark Hughes. Apa komen anda?
PECAH RAHSIA... media India terlebih awal menyiarkan berita pemecatan Henning Berg. Foto: 101greatgoals. |
Social Plugin