WAJARKAH PENGGANTUNGAN MEIRELES?


Adakah anda mengetahui kes pemain tengah Fenerbahce, Raul Meireles digantung 11 perlawanan? Jika ya, adakah anda bersetuju dengan tindakan penggantungan panjang yang dijatuhkan terhadap pemain antarabangsa Portugal itu?

CETUS KONTROVERSI... Meireles dikenakan pengantungan 11 perlawanan. Foto: Youtube.
Meireles selepas digantung melakukan protes dengan berkata, "Saya tidak dapt menerima hukuman yang dijatuhkan terhadap saya. Pengadil mengatakan saya meludah mukanya tetapi dia sebenarnya menipu. Saya telah membantah keputusan itu tetapi saya dikatakan menipu."

Kebanyakan penyokong Fenerbahce membantah mengatakan dia tidak bersalah. Sejauh mana kebenarannya? Footage dibawah akan membuktikan sejauh mana kebenaran cerita ini.