| PERLUKAN MAGIS... QPR mengharapkan sentuhan Redknapp untuk kekal di BPL musim depan. Foto: Dailymail. |
Hanya mencatat satu kemenangan dalam 20 perlawanan. Satu musim yang buruk bagi kelab yang terletak di tengah ibu kota London ini, Queen Park Rangers. Nampaknya, pengurus baru, Harry Redknapp perlu lakukan rombakan kecil bagi memperkuatkan barisannya selepas malam tadi menyaksikan QPR dibelasah 3-0 Liverpool di halaman sendiri.
Lebih memeritkan lagi, tiga gol The Reds terhasil dalam 30 minit pertama. Pastinya menambahkan rasa bengang Redknapp. Namun, ada insiden yang berlaku di Loftus Road. Ketika perlawanan masih berlangsung, terdapat jaket dicampak oleh penonton ke arah padang. Persoalannya, adakah jaket itu sengaja dilempar penyokong The R's atau ia terjatuh?
*p/s: Jaket encik Tony Fernandes mungkin. LOL.
Social Plugin