| SEMPURNA... Ronaldo meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Pepe. Foto: Uefa |
Sempurna! Itulah istilah yang dapat diberikan kepada penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo. Dalam perlawanan menentang Getafe sebentar tadi di Barnebeu, Ronaldo menjaringkan hatrik membantu Real mencatat kemenangan 4-0.
Akhbar tempatan Madrid, AS menggelarkannya 'Superman' dan ada yang turut menggambarkannya datang dari planet lain. Ianya hanya berlaku selepas hatrik sempurna yang dilakukan Ronaldo menggunakan kaki kiri, tandukan dan kemudiannya menyempurnakan penalti menggunakan kaki kanannya.
Sebelum ini, Lionel Messi digambarkan pemain yang datang dari planet lain tetapi mungkinkah Ronaldo turut layak mendapatkan gelaran sebegitu? Anda yang menentukannya.
Saksikan hatrik Ronaldo di sini: Ronaldo v Getafe
Saksikan hatrik Ronaldo di sini: Ronaldo v Getafe
Social Plugin