| MALANG... Pocognoli gagal menghabis 90 minit dalam debut sulungnya untuk Hannover. Foto: esportestv |
Tiada lain yang diimpikan oleh seorang pemain bola sepak selain dari debut sempurna. Namun, debut yang diharapkan oleh bintang baru, Hannover, Sebastien Pocognoli bertukar menjadi mimpi ngeri untuknya. Selepas melengkapkan perpindahan dari Standard Liege, Pocognoli diberikan debut sulung menentang Wolfsburg semalam.
Lain yang diharap, lain yang jadinya. Pocognoli ditunjukkan jalan keluar oleh pengadil, Gunter Perl selepas melakukan terjahan ala karate (seakan terjahan Nigel De Jong) ke atas pertahanan Wolfsburg, Fagner. Ianya hanya 34 minit untuk debut Pocognoli dan nampaknya dia perlu menunggu lebih lama untuk memenangi hati penyokong.
Lebih bernasib baik lagi, Hannover menang perlawanan terbabit dengan keputusan 2-1. Terselamat Pocognoli!
Social Plugin