HATRIK SEMPURNA? MESSI BUKTIKAN NILAINYA!

HEBAT... dua bintang Barca dan Real ini mendominasi carta jaringan Liga Primera. Foto: Guardian
Jika semalam Putbolanews ada memaparkan bagaimana kehebatan penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo menyempurnakan hatrik sempurna menerusi kedua-dua belah kaki dan tandukan, Lionel Messi pula awal pagi tadi tampil membuktikan kepada dunia mengapa dia meraih anugerah pemain terbaik dunia (Ballon d'Or) sebanyak empat kali berturut-turut.

Dalam perlawanan awal pagi tadi Nou Camp, Barcelona mencatat kemenangan bergaya 5-1 ke atas Osasuna. Messi seperti biasa memberikan tindakbalas terhadap hatrik Ronaldo dengan menjaringkan empat gol manakala satu lagi disumbangkan oleh Pedro Rodriguez. 

Peminat bola sepak sering membandingkan kedua-dua bintang ini dengan mereka dikatakan hadir dari planet lain. Persoalannya, jika Barcelona bermain di Liga Perdana Inggeris, mampukah Messi meraih jaringan seperti yang dilakukan di Catalan? Ronaldo sudah membuktikan di United tatkala Messi mungkin setia atau takut keluar dari kepompongnya untuk mencari cabaran baru!

Berikut merupakan jaringan kedua-dua bintang Liga Primera Sepanyol semalam.